Masa lahir Rayyan bukanlah baby yang besar sangat, berat hanya 2.8kg, alhamdulillah dilahirkan sihat secara ceasor. Sehari selepas pulang ke rumah Rayyan di masukkan ke wad semula sebab jaundis, tapi sehari juga rayyan di wad esoknya dah boleh balik rumah semula. Cuma kena pergi Klinik Kesihatan semula untuk pemeriksaan susulan.
Dari mula lahir lagi memang mama dah bertekad nak menyusukan Rayyan sepenuhnya, tapi Rayyan kuat meragam, wan (nenek) selalu cakap maybe Rayyan tak puas menyusu, maybe juga sebab tidur tak berapa nyenyak asik merengek je, tapi sebab memang tak fikir macam tu jadi takdelah usaha untuk campurkan dengan susu tepung.
Alhamdulillah Rayyan membesar dengan sihat, setiap kali check up berat pasti naik walaupun tak berkilo-kilo naiknya. Tiada masalah membesarkan Rayyan, cuma penat sebab kuat merengek jelah hehehe.
Seronok bila dapat menyusukan anak sepenuhnya, Alhamdulillah rezki Rayyan ada walaupun mama tak ambil ubat atau vitamin untuk membanyakkan susu. Mama tak bekerja jadi memang 24jam direct feeding.
Bila susukan mata bertentang mata, sentuhan demi sentuhan antara ibu dengan anak memang tak terungkap perasaan tu. Sakit? pasti mama alami, paling tak tahan bila gigi Rayyan nak tumbuh.
Walaupun sakit mama tetap kena menahan sampai kejang-kejang kaki, sakit bila luka, sakit bila kena gigit, tapi sebab anak mama tahankan je.
Mama doakan semoga Rayyan menjadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat, solat 5 waktu, jaga mama dan babah bila kami dah tua nanti dan sentiasa berada dalam lindungan Allah. Mama dan babah sayang Rayyan.
PEGEDAR SAH SHAKLEE ( ID 905866);
COD : Batu Pahat, Johor;
Sms/Whatsapp : 018 776 2464;
Facebook :KEDAI VITAMIN BATU PAHAT


No comments:
Post a Comment