September 05, 2013

TIPS DAN CARA MAKAN VITAMIN SHAKLEE

Saya ingin berkongsi serba sedikit ilmu berkaitan cara pengambilan vitamin. Ada di antara pengamal vitamin merasakan mereka tidak mendapat kesan yang baik dari pengambilan vitamin yang mereka makan. Mengapa ini terjadi?





Setiap yang kita lakukan pasti ada perancangan atau jadual. Bukan masa zaman sekolah je ada jadual, nak makan vitamin pun kena ada jadual supaya vitamin yang kita ambil mampu bekerja dengan lebih baik untuk sistem tubuh badan kita. 

Jadi mari kita kenal pasti beberapa faktor yang menyebabkan vitamin yang dimakan tidak meninggalkan kesan baik kepada pengguna :


1. Pengambilan air osong dipandang remeh

Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak ataupun air kosng, mereka lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukkan.

Kita disarankan supaya mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

Cadangan - anda perlu sukat jumlah pengambilan air yang anda minum. Sediakan botol air yang ada sukatan, jadi senang untuk anda mengenal pasti berapa banyak sukatan air yang telah anda ambil. Ramai di antara kita merasakan telah banyak minum air masak tetapi tidak pasti berapa banyak jumlah air yang telah diambil. Jumlah air yang diperlukan tubuh bergantung kepada aktiviti harian dan persekitaran anda. Tetapi sekurang2nya sehari digalakkan mengambil 3L air.


2. Elakkan makan banyak vitamin sekaligus dalam satu masa

Apabila kita makan banyak vitamin sekaligus dalam satu masa ini akan meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Kepekatan darah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kita rasa pening dan seakan ingin pitam. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Jadi cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu-satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak dibebani pada satu-satu masa tertentu sahaja.


3. Elakkan mengambil vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. 

Cadangan - cuba sediakan jadual, sekiranya selepas sarapan pagi anda mengambil ubat, maka anda boleh mengambil vitamin pada waktu tengah hari atau malam. Namun sekiranya anda perlu mengambil ubat secara berturutan pagi dan petang, maka ambil vitamin selepas 1 - 2 jam selepas pengambilan ubat.




4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian

Tahukah anda, pengambilan kafein boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Pengambilan minuman berkafein yang tinggi secara berterusan akan membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan sama sekali seperti yang diharapkan kerana vitamin telah rosak disebabkan oleh pengambilan kafein yang tinggi dan berterusan.


5. Pantang larang makan vitamin.
  • Vita-lea dan Alfalfa tidak boleh diambil serentak dengan Vitamin E, GLA, OStematrix.
  • Vita-lea tidak boleh di ambil serentak dengan air susu kerana boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan zat besi yang terkandung dalam Vita-lea.
  • Vitamin E tidak boleh diambil serentak dengan Alfalfa kerana boleh menyebabkan gangguan penyerapan Vitamin E.
  • Alfalfa dan Vitamin E tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh menyebabkan risiko keguguran di awal kehamilan.
  • Vitamin E tidak boleh diambil serentak dengan GLA Complex kerana boleh menganggu penyerapan nutrisi kedua-duanya.
  • Zinc complex perlu diambil sebelum waktu makan kerana dalam proses pencernaan yang normal, Zinc akan dimusnahkan, dikeluarkan dan mengikat dirinya dengan bahan lain. Pengambilan Zinc selepas makan (terutamanya roti dan susu) akan menurunkan potensi Zinc sehingga 1mg untuk setiap 15mg Zinc yang anda telan.

6. Tidak Konsisten dalam pengambilan vitamin

Ikut suka kalau rasa hendak makan baru ambil vitamin kalau malas tak ambil langsung. Ada juga yang berhenti separuh jalan apabila melihat tiada kesannya. Anda harus faham, kesan suplemen ke atas tubuh kita adalah perlahan. Mereka yang tidak pernah mengambil vitamin sebelum ini akan mengalami Healing Crisis selepas mengambil vitamin. Jangan risau ia adalah positif kerana badan kita dalam proses pemulihan. Berikan masa pada tubuh badan anda untuk merasai benar-benar keberkesanannya.

Saya juga ingin berkongsi sedikit tentang vitamin yang tidak diperlukan oleh ibu mengandung. Pengambilan vitamin terhadap ibu mengandung tetap terbatas.




Antara vitamin-vitamin yang PERLU DIELAKKAN oleh ibu mengandung ialah :

1. Vitamin E, Carotomax, GLA dan Nutriferon adalah antara suplemen yang mempunyai sifat antioksidan yang tinggi dan seterusnya boleh memberi risiko keguguran.

2. Garlic, Ginger, Alfalfa dan Viviv pula mengandungi rumusan tradisional dan herba, jadi ia bersifat panas.

Kedua-dua sebab ini antara utama mengapa perlu dielakkan oleh ibu mengandung, kerana dikhuatiri boleh membawa mudarat kepada bayi dalam kandungan.




Yang PALING UTAMA, pengambilan air perlulah mencukupi iaitu 2-3liter sehari. Jangan Kurang. Pengambilan air yang kurang akanmenganggu penyerapan vitamin dan anda tidak akan mendapat hasil dari vitamin yang dimakan.

Semoga tips yang saya kongsikan, sedokit sebanyak dapat membantu yang masih samar-samar untuk mengamalkan pengambilan vitamin.






PEGEDAR SAH SHAKLEE ( ID 905866);
COD : Batu Pahat, Johor;
Sms/Whatsapp : 018 776 2464;
Facebook :KEDAI VITAMIN BATU PAHAT

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Copyright to Siti NurFaizah
Designed by UMIESUEstudio 2015