March 01, 2015

CARA-CARA MENYEDIAKAN MAKANAN BAYI ANDA

Sebenarnya mudah je nak sediakan makanan bayi ni, jangan kelam kabut, jangan gelabah. Bayi baru makan bukan boleh makan macam-macam kan, mula-mula tu hanya puree buah dan sayur.

Ok jom kita tengok cara penyediaannya....




Macam ni saya nak buat stok, so bila kita buat stok memudahkan dan juga memendekkan masa kita di dapur. Jadi saya pilih lobak merah, epal, kacang peas dan labu. Buangkan kulit pada setiap sayur dan buah kecuali kacang peas kemudian cuci bersih-bersih.




Lepas dah cuci bersih tadi, potong kecil-kecil supaya cepat lembut. Pastu kita masuk dalam tempat pengukus. Tujuan kita kukus atau 'stim' adalah supaya mengurangkan nutrisi pada buah atau sayur itu hilang.

Kalu rebus akan banyak nutrisi buah atau sayur akan hilang, itu belum termasuk lagi jika kita memasaknya.




Lepas dah stim tadi kita blend satu-satu jenis sampai lembut dan halus texture nya supaya bayi yang baru makan senang nak hadam selain elakkan sembelit juga.

Bila dah blend, kita tapis dulu supaya lagi halus. Saya gunakan penapis besi yang sederhana. Lebihan hampas buah atau sayur tadi, boleh dibuang, kalau ibu nak makan pun boleh... ;-)

Dah siap tapis, boleh la masuk dalam bekas kecil atau bekas yang bertutup. Saya gunakan bekas dadih dan 'ice tray' kemudian simpan dalam peti sejuk beku, 'frozen'kan.





'Ice tray ni saya beli kat daiso, RM5 sebekas. Buat puree ni masuk dalam bekas kecil-kecil senang, nak masak amik sikit-sikit.

Bila dah keluarkan puree dari freezer dan cairkan, dah tak boleh masuk balik, kena habiskan dalam masa 24jam. 

Puree kena simpan dalam peti sejuk bahagian sejuk beku. Ianya tahan selama 3 hingga 6bulan. Untuk lebih mudah, labelkan pada bekas tarikh puree dibuat. Tapi untuk bayi, lebih baik kita cuba habiskan sekurangnya dalam masa seminggu dua sahaja, buat sikit-sikit.




Cara cairkan puree yang beku ni, kita keluarkan dulu dari peti sejuk, kemudian biarkan ia pada suhu bilik seketika sebelum menggunakannya. Selepas itu boleh rendam puree dalam air panas. Bila puree dah cair dan suam bolehla beri kepada bayi.

Mudahkan?

Jadi tiada alasan lagi untuk ibu yang bekerja atau surirumah untuk tidak menghidangkan makanan penuh kasih sayang untuk anak anda. Kalu rasa tak sempat nak buat hari-hari, hujung minggu boleh buat. Tiada alasan lagi kan???  ;-)







PEGEDAR SAH SHAKLEE ( ID 905866);
COD : Batu Pahat, Johor;
Sms/Whatsapp : 018 776 2464;
Facebook :KEDAI VITAMIN BATU PAHAT

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Copyright to Siti NurFaizah
Designed by UMIESUEstudio 2015