July 26, 2013

Air Penting Untuk Kesihatan Diri

Kepentingan air, sama seperti oksigen. Ia merupakan elemen penting demi kelangsungan hidup seseorang manusia. Ramai di kalangan kita yang hanya minum air setelah dahaga. Sedangkan, kita sering mendengar saranan pakar perubatan dan pakar pemakanan untuk minum air sekurang-kurangnya 8 gelas atau 2 liter sehari. Jika termasuk di dalam golongan yang “malas” minum air, anda seharusnya berubah sikap dan mula memberikan perhatian terhadap kebaikan minum air.






Air membentuk kira-kira 55 - 57 % daripada berat badan dan memainkan peranan penting dalam hampir setiap fungsi utama tubuh. Oleh yang demikian, pengambilan air dalam jumlah mencukupi amat penting untuk tubuh anda menjalankan fungsinya dengan sempurna. Ia mustahak untuk melarutkan sisa metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Oleh kerana itulah, air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini daripada tubuh. Kekurangannya akan “memaksa” buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama-kelamaan boleh menyebabkannya rosak.
Antara lain, air turut menjadi bahan utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan serta membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air boleh menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh sistem tubuh.
Ketahuilah, tubuh anda terdiri daripada 70% air. Sekiranya air yang terkandung di dalam tubuh anda bersih, sel tubuh tentu sahaja menjadi lebih segar dan kuat. Kesan daripada air yang bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan risiko menghidap jangkitan tertentu.
Dalam pada itu, anda perlu tahu bahawa input air perlu sekurang-kurangnya sama dengan output air. Kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.


Kekurangan air juga menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan daripada badan terkumpul dan lama-kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan. Contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya 2% air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.
Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar. Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga. Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.


Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan. Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Malas Ke Tandas?
Biarpun tahu manfaat air pada kesihatan, tidak ramai yang punya “kekuatan” untuk berulang-alik ke tandas. Oleh kerana itulah golongan ini minum hanya sedikit air dan pada masa yang sama turut mengelak makanan yang mengandungi air yang banyak. Faktanya, kerap berulang ke tandas perlu dianggap sebagai perkara yang positif. Secara purata, pundi kencing dikosongkan di setiap 4 jam. Jadi, membuang air kecil antara 6 hingga 7 kali sehari adalah sesuatu yang normal.
Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Kesan kekurangan air


- Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
- Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah

- Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
- Tekanan darah menurun
- Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
- Lesu pada waktu siang
- Sakit belakang
- Dehidrasi
- Sakit kepala
- Memperlahankan kadar metabolisma

- Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
- Sendi dan otot mengalami kekeringan
- Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
- Meningkatkan keinginan untuk makan
- Darah menjadi pekat
- Mudah keliru.
- Degupan jantung meningkat
- Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

Kebaikan mengamalkan meminum air masak setiap hari



1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan


Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

Beberapa kelebihan mengapa anda harus minum air kosong dengan secukupnya.
1. 60% badan manusia adalah air


Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten. Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin/kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing).

2. Memantapkan metabolisma


Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.

3. Pelarut nutrien


Vitamin larut air seperti B kompleks dan Vitamin C memerlukan air sebagai pelarut. Air juga merupakan medium utama yang membawa semua nutrien seperti ini ke seluruh anggota badan yang memerlukan.

4. Mengurangkan risiko penyakit jantung


Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American Journal of Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung.

5. Mengurangkan risiko kanser


Pengambilan jumlah air yang mencukupi juga telah menunjukkan mampu untuk mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% dan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser payudara.

6. Sifar Kalori


Tiada sebab untuk anda tidak mahu minum air masak kerana ia langsung tidak mengandungi sebarang kalori.

7. Sumber Alkaline termurah


Kebanyakkan makanan yang diambil seperti nasi, kentang, manisan, makanan yang berlemak, dan protein adalah bersifat acidic. Kehadiran air masak yang bersifat sedikit alkaline semestinya akan meneutralkan kembali pH makanan yang diambil.

8. Menyeimbangkan suhu badan


Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air masak yang mencukupi. Mereka yang kurang minum air terutamanya air masak semestinya kelihatan kurang bermaya dan tubuh badan akan berasa sedikit panas. Anda boleh rasai sendiri gejala-gejala ini pada sebelah petang ketika berpuasa. Ini adalah disebabkan badan anda kekurangan air.

9. Melembutkan kulit secara semulajadi


Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segah. Ini tidak terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.

10. Mencegah keletihan dan pening kepala


Sememangnya terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu cepat letih atau pening kepala. Namun, jangan anda tak tahu kekurangan air dalam badan juga (dehydration) merupakan faktor utama mengapa seseorang itu pening kepala atau keletihan. Sekiranya anda pening kepala dan berjumpa doktor, soalan pertama yang doktor akan ajukan pada anda ialah, “Hari ini ada minum air masak tak? Berapa kali?”
credit : pa & ma , aiskosong.com 
PEGEDAR SAH SHAKLEE ( ID 905866);
COD : Batu Pahat, Johor;
Sms/Whatsapp : 018 776 2464;
Facebook :KEDAI VITAMIN BATU PAHAT

July 25, 2013

Vitamin Sintetik VS Vitamin Semulajadi

Vitamin.... sama ada kita mendapatkannya daripada diet harian kita, dari cahaya matahari, atau dari kedai membeli kapsul atau cecair, vitamin adalah penting untuk kesihatan kita dan untuk fungsi badan kita.

Kekurangan vitamin membawa kepada pelbagai masalah yang merangkumi dari anoreksia kepada obesiti, kerosakan organ, kekeliruan, kemurungan dan keletihan.


Walau bagaimanapun, apa yang orang tidak sedar ialah semua vitamin tidak dicipta sama. Di pasaran terdapat Vitamin Sintetik dan juga Vitamin Semulajadi.






Apakah yang dimaksudkan dengan "sintetik" Vitamin?


Vitamin dan mineral sintetik dihasilkan dengan bahan kimia dan tidak datang terus daripada sumber semula jadi. Sintetik adalah dibuat untuk meniru cara vitamin semulajadi bertindak dalam badan kita.


Sementara itu, nutrien yang terkandung di dalam vitamin sintetik pula dihasilkan dalam persekitaran makmal. Lazimnya ianya bersumberkan tar atau arang batu manakala komponennya terdiri daripada bahan-bahan kimia. Majoriti makanan tambahan yang berada di pasaran adalah daripada jenis ini. Persoalannya sekarang, dapatkah anda membayangkan memakan tar yang digunakan untuk membuat jalan raya untuk mengekalkan kesihatan anda? Macam tak masuk akal bukan?

Dalam pada itu. memandangkan kosnya jauh lebih murah, syarikat-syarikat yang mementingkan keuntungan akan menggunakan pendekatan ini untuk menghasilkan produk mereka. Vitamin-vitamin sintetik ini secara amnya mudah untuk diperolehi di farmasi-farmasi dan pasaraya. Walaupun secara kimianya ia adalah semulajadi tetapi dari segi STRUKTURNYA ianya JAUH BERBEZA.

Bagaimana untuk Membezakan Vitamin Semulajadi atau Sintetik?
  • Perbezaan boleh dibuat melalui pembacaan label. Vitamin semulajadi dilabel "d" manakala sintetik dilabel "dI"
  • Melalui perkataan ko-faktor seperti "bioflavanoids" atau "biodegradable"
  • Melalui kehadiran SILICA GEL di dalam bekas pembungkusan bagi vitamin sintetik

Sebagai contoh,
bentuk semula jadi Vitamin E adalah D-alfa tokoferol
bentuk sintetik adalah DL-alfa tokoferol. 




Vitamin Sintetik mempunyai " silika gel" di dalamnya.






Apakah yang dimaksudkan dengan vitamin semulajadi?

Vitamin semulajadi dihasilkan melalui pemprosesan yang seminima mungkin. Kepekatan nutrien yang terkandung di dalam setiap vitamin semulajadi adalah dalam keseimbangan yang menghampiri kepada keadaan ianya ditemui dalam alam semulajadi. Walaubagaimanapun, bagi memastikan keasliannya, kos yang tinggi diperlukan untuk menghasilkannya berbanding dengan vitamin sintetik.Di samping itu, pelaburan yang tinggi juga diperlukan bagi menjamin sumber semulajadi yang digunakan adalah pada tahap kualiti yang tinggi. Kebanyakkan syarikat pengeluaran vitamin dan suplemen tidak menjual vitamin dan mineral semulajadi. Sebaliknya HANYA Shaklee satu-satunya yang berbuat demikian (rujuk: A Consumer Report by Editors of Research Institute of Preventive Health Care). 




Mengapa Pilih Semulajadi?

  • Enzim yang terkandung di dalam bahan semulajadi tidak mengalami perubahan melampau hasil pemprosesan oleh haba yang tinggi dan pelarut kimia yang keras
  • Tidak menggunakan pengisi dan pengikat yang keras yang boleh menghalang penyerapan nutrien
  • Penyediaan bahan mentah adalah dari sumber semulajadi yang berkualiti
  • Imbangan semulajadi dikekalkan sebaik mungkin
  • Semulajadi adalah bio-kedapatan dan mampu disimpan di dalam tisu badan dengan lebih lama berbanding sintetik
  • Semulajadi lebih mudah untuk ditukar oleh badan bagi menjalankan kepelbagaian fungsinya

Perbezaan antara vitamin sintetik dan vitamin semulajadi.



1. Penghasilan 

Vitamin natural - dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.


Vitamin sintetik - dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.


2. Keserasian dgn badan 


Vitamin natural - dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.


Vitamin sintetik - walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.


3. Harga 


Vitamin natural - tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.


Vitamin sintetik - biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.


4. Kesan kepada tubuh badan 


Vitamin natural - mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dalam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.


Vitamin sintetik - oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, maka kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.


5. Kesan jangka panjang 


Vitamin natural - tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).



Vitamin sintetik - mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Credit to MommyLyna


Di sini saya ingin kongsikan fakta tentang vitamin sintetik:

Synthetic Vitamins Versus Food Grown Vitamins
From Dr. Robert J. Thiel, Ph.D., N.M.D., The Truth About Vitamins in Supplements, American Naturopathic Medical Association Monitor, June 2003, vol. 7 No. 2#

VitaminFood Nutrient*‘Natural’ Vitamin Analogue & Some Process Chemicals
Vitamin A/Beta caroteneCarrotsMethanol, benzene, petroleum esters; acetylene; refined oils
Vitamin B-1Nutritional yeast, rice branCoal tar derivatives, hydrochloric acid; acetonitrole with ammonia
Vitamin B-2Nutritional yeast, rice branSynthetically produced with 2N acetic acid
Vitamin B-3Nutritional yeast, rice branCoal tar derivatives, 3-cyanopyridine; ammonia and acid
Vitamin B-5Nutritional yeast, rice branCondensing isobutyraldehyde with formaldehyde
Vitamin B-6Nutritional yeast, rice branPetroleum ester & hydrochloric acid with formaldehyde
Vitamin B-8RicePhytin hydrolyzed with calcium hydroxide and sulfuric acid
Vitamin B-9Broccoli, rice branProcessed with petroleum derivatives and acids; acetylene
Vitamin B-12Nutritional yeastCobalamins reacted with cyanide
Vitamin ‘B-x’PABA Nutritional yeastCoal tar oxidized with nitric acid (from ammonia)
CholineNutritional yeast, rice branEthylene and ammonia with HCL or tartaric acid
Vitamin CAcerola cherries, citrus fruitsHydrogenated sugar processed with acetone
Vitamin DNutritional yeastIrradiated animal fat/cattle brains or solvently extracted
Vitamin ERice, vegetable oilsTrimethylhydroquinone with isophytol; refined oils
Vitamin HNutritional yeast, rice branBiosynthetically produced
Vitamin KCabbageCoal tar derivative; produced with p-allelic-nickel

Most vitamins in supplements are petroleum extracts, coal tar derivatives, and chemically processed sugar (plus sometimes industrially processed fish oils), with other acids and industrial chemicals (such as formaldehyde) used to process them.   Synthetic vitamins were originally developed because they cost less.   Most synthetic, petroleum-derived, supplements will call their products ‘vegetarian not because they are from plants, but because they are not from animals.  Also beware; they will use the words “Food Based” another trick.   It means they added a green product to the synthetics such as algae.

Dan ini adalah petunjuk vitamin sintetik pada label botol vitamin :


Vitamin A: Asetat dan palmitate
Vitamin B1 (Thiamine): Mononitrate Thiamine, Hidroklorida Thiamine
Vitamin B2 (Riboflavin): Riboflavin
Asid Pantothenic: Kalsium D-Pantothenate
Vitamin B6 (Pyridoxine): Pyridoxine Hidroklorida
Vitamin B12: cobalamin
PABA (telefon-aminobenzoic asid): Asid aminobenzoic
Asid Folik: Asid Pteroylglutamic
Choline: Chloride Choline, Bitartrate Choline
Biotin: d-Biotin
Vitamin C (Asid askorbik): Asid askorbik
Vitamin D: sinaran Ergosteral, Calciferol
Vitamin E: dl-alpha tokoferol, dl-alpha tokoferol asetat atau succinate

NOTA: "dl" bentuk mana-mana vitamin sintetik.

Jadi berhati-hatilah apabila memilih vitamin. Jangan tertipu dan terkeliru dengan label vitamin yang kononnya dari tumbuhan. Pastikan yang anda ambil adalah vitamin semulajadi. Pilihan saya? Pastinya Shaklee...




PEGEDAR SAH SHAKLEE ( ID 905866);
COD : Batu Pahat, Johor;
Sms/Whatsapp : 018 776 2464;
Facebook :KEDAI VITAMIN BATU PAHAT

July 18, 2013

Cinch™ Energy Tea Mix




Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!

Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat.  Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.

•    Selamat, peningkatan tenaga semulajadi.  Diminum secara panas atau sejuk.
•    Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
•    Peningkatan tenaga segera.
•    Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan


Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 
 Kod Produk20345 (28 stik)
PEGEDAR SAH SHAKLEE ( ID 905866);
COD : Batu Pahat, Johor;
Sms/Whatsapp : 018 776 2464;
Facebook :KEDAI VITAMIN BATU PAHAT

Cinch™ Shake Mix




Campuran Proprietari Protein dengan Leusina
•    Bebas Laktos
•    Rendah glisemik
•    Soya Bukan-GMO


Cinch™ Shakes sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan.
•    Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa anda menurunkan berat badan
•    Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang 

dan puas
•    Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Kod Produk:- 20339   (Cafe Latte)
- 20340    (Vanilla)
- 20341    (Chocolate)
 Kod Produk20339 (765g)
PEGEDAR SAH SHAKLEE ( ID 905866);
COD : Batu Pahat, Johor;
Sms/Whatsapp : 018 776 2464;
Facebook :KEDAI VITAMIN BATU PAHAT

Performance® Maximum




Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan


Penghilang Dahaga untuk Si Juara


Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.


Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.


Terbukti secara klinikal

Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
      hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
      kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
      keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.


Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik


Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal  dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.


Jaminan Ketulenan Shaklee

Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
 Kod Produk20496 (539 g)
PEGEDAR SAH SHAKLEE ( ID 905866);
COD : Batu Pahat, Johor;
Sms/Whatsapp : 018 776 2464;
Facebook :KEDAI VITAMIN BATU PAHAT

Vita-Lea® for Children Chewable





  • Membekalkan 19 vitamin dan mineral perlu
  • Sumber kalsium pembina tulang
  • Baik untuk kesihatan
  • Bekalan harian untuk vitamin B
 Kod Produk10100 (65 pil)
PEGEDAR SAH SHAKLEE ( ID 905866);
COD : Batu Pahat, Johor;
Sms/Whatsapp : 018 776 2464;
Facebook :KEDAI VITAMIN BATU PAHAT

Meal Shakes




Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium


Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. 
 Kod Produk20321 (544 g)
PEGEDAR SAH SHAKLEE ( ID 905866);
COD : Batu Pahat, Johor;
Sms/Whatsapp : 018 776 2464;
Facebook :KEDAI VITAMIN BATU PAHAT

GLA Complex




Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E


GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.


Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan

Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *


Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


1
Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung. 
 Kod Produk10620 (60 kapsul) 
PEGEDAR SAH SHAKLEE ( ID 905866);
COD : Batu Pahat, Johor;
Sms/Whatsapp : 018 776 2464;
Facebook :KEDAI VITAMIN BATU PAHAT

DTX Complex™




Shaklee DTX ComplexTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak daripada gabungan ekstrak biji benih pokok susu tisel, schizandra, ekstrak dendalion, cendawan reishi, kunyit dan articok.


• Digunakan secara tradisional untuk tonik hati.*

Tiada perasa tiruan, pemanis, warna-warna, atau bahan pengawet tambahan.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 Kod Produk10330 (90 kaplet)
PEGEDAR SAH SHAKLEE ( ID 905866);
COD : Batu Pahat, Johor;
Sms/Whatsapp : 018 776 2464;
Facebook :KEDAI VITAMIN BATU PAHAT

NutriFeron™




Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima

Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun - Dr. Yasuhiko Kojima.


Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan


Dr. Kojima berjaya mencipta NutriferonTM selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain.


NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.  Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 Kod Produk10250 (30 stik x 1.2 g) 
PEGEDAR SAH SHAKLEE ( ID 905866);
COD : Batu Pahat, Johor;
Sms/Whatsapp : 018 776 2464;
Facebook :KEDAI VITAMIN BATU PAHAT

Peppermint-Ginger Plus




Nyaman dan Melegakan


Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.


Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 Kod Produk10126 (90 pil)
PEGEDAR SAH SHAKLEE ( ID 905866);
COD : Batu Pahat, Johor;
Sms/Whatsapp : 018 776 2464;
Facebook :KEDAI VITAMIN BATU PAHAT

Herb-Lax™




Herb-LaxTM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*


Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-LaxTMyang lembut boleh membantu.


Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa).  Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 Kod Produk10622 (120 pil) 
PEGEDAR SAH SHAKLEE ( ID 905866);
COD : Batu Pahat, Johor;
Sms/Whatsapp : 018 776 2464;
Facebook :KEDAI VITAMIN BATU PAHAT

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Copyright to Siti NurFaizah
Designed by UMIESUEstudio 2015