October 02, 2013

PENYAKIT BUAH PINGGANG

MENGESAN PENYAKIT BUAH PINGGANG 

Langkah pertama penjagaan penyakit buah pinggang yang lebih berkesan ialah dengan mengesan penyakit ini pada peringkat awal-awal lagi. Pengesanan awal adalah penting terutama sekali jika anda seorang penghidap diabetes kerana penyakit ini akan menyebabkan anda berisiko tinggi bagi menghidap penyakit buah pinggang. Beberapa tanda-tanda dan gejala penyakit buah pinggang yang harus diberi perhatian termasuklah berat badan menurun tanpa sebab, rasa loya atau muntah, letih lesu atau sakit belakang. Tanda-tanda lain termasuk penukaran kekerapan atau corak urinasi, urin yang mengandungi darah atau rasa pedih ketika urinasi, bengkak pada muka, kaki dan abdomen dan kesukaran untuk tidur malam. 

Malangnya, kesemua tanda dan gejala ini kebiasaannya tidak akan kelihatan sehinggalah buah pinggang anda telah mengalami kerosakan yang teruk. Ada juga kemungkinan anda langsung tidak akan mengalami sebarang tanda atau simptom tersebut walaupun buah pinggang anda sudah tidak berfungsi lagi. Oleh sebab itu, anda tidak boleh bergantung kepada kesemua tanda dan gejala tersebut untuk mengesan penyakit buah pinggang dan sebaliknya menganggap yang anda tidak mempunyai penyakit tersebut jika anda langsung tidak mengalami sebarang tanda-tanda tersebut.






Cara yang paling tepat untuk mengesan samaada anda mengalami sebarang kerosakan buah pinggang ialah dengan berjumpa doktor anda dan mengambil ujian urin untuk mengesan mikroalbumin dan protein. Kehadiran mikroalbumin (protein dalam jumlah yang kecil) dalam urin menunjukkan bahawa buah pinggang anda telah rosak. Ini terjadi kerana buah pinggang yang rosak tidak dapat menerima balik kebanyakan protein yang telah ditapis, menyebabkan kandungan protein dalam urin semakin meningkat. Kehadiran protein dalam kuantiti yang banyak dalam urin (makroalbuminuria - satu petanda lewat nefropati diabetes) boleh dikesan dengan satu ujian ringkas dengan mencelup stik pengesan ke dalam urin. Sebaliknya, untuk menentukan kandungan protein dalam urin yang sedikit (mikroalbuminuria) - satu petanda awal kerosakan buah pinggang disebabkan diabetes, memerlukan suatu ujian khas.

Jika ujian menggunakan stik pengesan atau ujian mikroalbuminuria menunjukkan keputusan yang positif, adalah baik jika anda mengikut nasihat doktor dan seterusnya mengambil langkah-langkah yang sewajarnya, seperti tertera di bawah, untuk membantu anda mengelak atau melambatkan penyakit ini daripada menjadi bertambah teruk.



LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGAWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG YANG DISEBABKAN OLEH DIABETES

1. Teruskan mengurus diabetes anda dengan baik 






Tahap glukosa darah yang tinggi, tekanan darah yang tinggi dan kandungan lemak dalam darah yang tidak normal merupakan faktor-faktor utana yang menyumbang kepada kerosakan berterusan buah pinggang anda. Itulah sebab betapa pentingnya untuk anda mengurus faktor-faktor ini dengan sebaik-baiknya agar dapat mengawal penyakit buah pinggang anda. Dalam kata lain, penjagaan diabetes yang baik boleh melambatkan perkembangan penyakit buah pinggang setelah ianya bermula (atau mengelakkannya dari menjadi bertambah teruk terutama sekali apabila ianya dapat dikesan dari awal!). Berikut terdapat cara-cara untuk menjaga diabetes dengan baik dan lebih berkesan:

  • Terus memastikan yang anda mencapai tahap sasaran yang disyorkan bagi glukosa darah, tekanan darah dan lipid dengan mengamal pemakanan yang sihat, mengawal pengambilan karbohidrat, melakukan aktiviti fizikal secara kerap dan mengurangkan berat badan yang berlebihan. Anda juga harus, mengambil ubat-ubat (jika dipreskripsikan) dan sentiasa memantau tahap glukosa darah anda di rumah. Keraplah berjumpa doktor anda bagi mendapatkan rawatan susulan terutama sekali untuk memeriksa tekanan darah dan tahap lipid anda.
  • Sila rujuk jadual di bawah untuk membantu mencapai sasaran penjagaan diabetes anda dengan baik:

    Ujian Darah Tahap yang disyorkan 

    Glukosa darah3.8 mmol/L - 6.1 mmol/L (ketika berpuasa)
    Dan kurang dari 7.8 mmol/L (selepas makan)
    HbA1cKurang dari 6.5%
    Kolesterol LDLKurang dari 2.6 mmol/L
    TrigliseridaKurang dari 1.7 mmol/L
    Kolesterol HDLLebih dari 1.02 mmol/L
    Tekanan darah130/80 mmHg atau kurang

    2. Pemakanan Yang Betul





    Mengurus diabetes sahaja adalah tidak mencukupi jika anda sudah menghidap penyakit buah pinggang disebabkan diabetes. Anda juga harus memastikan bahawa buah pinggang anda yang rosak itu tidak akan membahayakan badan anda. Salah satu daripada cara untuk anda menjaga kesihatan diri jika telah menghidap penyakit buah pinggang ialah melalui pengawalan pemakanan (diet).

    Apabila buah pinggang anda sudah tidak boleh berfungsi dengan betul, sisa buangan dan bahan-bahan lain akan berkumpul sehingga tahap yang membahayakan badan anda. Kawalan diet adalah penting untuk mengawal penyakit buah pinggang untuk mengelakkan pengumpulan berlebihan bahan-bahan ini (contohnya natrium, kalium, kalsium, fosforus, cecair dan bahan buangan protein) di mana buah pinggang yang sihat akan dapat membersihkan darah untuk manjaga keseimbangan badan. 

    Anda harus bertanya doktor atau pakar diet anda untuk mendapatkan satu pelan diet, di mana ianya akan berfokus kepada nutrien-nutrien berikut: 
  • Protein diperlukan untuk penyelenggaraan, tumbesaran dan pembaikan tisu-tisu badan. Ia juga dapat membekalkan tenaga dan membantu anda melawan penyakit. Protein boleh diperolehi daripada ikan, telur, daging dan ayam. Apabila protein diuraikan dalan badan (proses metabolisma), ia akan menghasilkan bahan-bahan buangan. Salah satu daripada bahan buangannya dikenali sebagai urea. Kandungan urea yang tinggi dalam badan akan menyebabkan rasa loya, muntah dan hilang selera makan. Anda mungkin perlu memulakan diet yang rendah protein (tetapi tidak terlalu rendah) untuk memastikan kandungan bahan buangan masih dalam linkungan tahap yang boleh diterima disamping memastikan badan anda mendapat protein yang ia perlukan.
  • Natrium membantu pengaturan kandungan cecair dan tekanan darah. Sumber yang paling biasa didapati ialah garam makan, walaupun ia memang terkandung dalam kebanyakan makanan. Natrium yang berlebihan akan mengakibatkan peningkatan cecair dalam badan serta tekanan darah yang tinggi. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan natrium contohnya tidak memakan makanan yang masin dan tidak menambah garam kepada makanan anda.
  • Kalium diperlukan untuk saraf-saraf dan otot-otot termasuk jantung supaya berfungsi dengan normal. Makanan yang kaya dengan kalium termasuklah kentang, sayur-sayuran berdaun hijau dan pisang. Jika kandungan kalium (potassium) menjadi terlalu tinggi, ia akan menyebabkan kelemahan pada otot dan denyutan jantung yang tidak tetap. Justeru itu, anda perlu mengikuti pelan diet yang mempunyai kandungan kalium yang bersesuaian.
  • Kalsium dan fosforus diperlukan untuk pembentukan tisu tulang. Walaubagaimanapun, kandungan fosforus yang tinggi pada buah pinggang yang sudah gagal berfungsi boleh menyebabkan kalsium larut lesap dari tulang-tulang anda dan menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh. Inilah sebabnya anda harus menghadkan pengambilan fosforus. Makanan yang mempunyai kandungan fosforus yang tinggi termasuklah susu dan produk tenusu yang lain serta kekacang.


    3. Mengawal pengambilan cecair 

    Buah pinggang yang sihat dapat mengelakkan pengumpulan cecair dalam badan anda dengan menyingkirkan cecair berlebihan melalui urin. Itulah sebabnya, apabila buah pinggang anda sudah tidak berfungsi dengan baik, cecair akan terkumpul dalam tisu-tisu badan, saluran darah dan juga paru-paru anda. Ini akan memberi tekanan pada jantung anda, menyebabkan tekanan darah tinggi dan kesukaran untuk bernafas. Anda juga mungkin akan mengalami tukaran dalam corak dan kekerapan urinasi (satu daripada petanda penyakit buah pinggang). Jadi, anda harus mengikuti nasihat doktor jika anda diperlukan untuk menghadkan pengambilan cecair dan merancang pengambilan cecair harian anda.


    4. Makan ubat-ubatan anda 





    Doktor anda mungkin akan memberi ubat-ubat yang tertentu sebagai tambahan kepada aturan diet anda. Ubat-ubatan ini akan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi anda, meningkatkan kandungan kalsium dalam darah atau membantu keadaan-keadaan lain yang berkaitan dengan penyakit kegagalan buah pinggang. Anda haruslah sentiasa tekun untuk memakan ubat-ubatan anda.

    Peringkat akhir kerosakan buah pinggang haruslah dielakkan selagi boleh. Anda boleh mengelakkannya dengan mengawal penyakit diabetes dan penyakit buah pinggang anda secara serentak dan teliti. Dengan mengikuti segala nasihat yang diberikan oleh doktor, anda mempunyai peluang yang baik untuk mengelakkan buah pinggang anda dari menjadi bertambah teruk. 

    Walaupun anda sudah mengalami peringkat akhir kerosakan buah pinggang dan sedang menjalani rawatan dialisis (rawatan perubatan yang menggunakan mesin dialisis untuk mengeluarkan bahan buangan dan cecair yang berlebihan dalam badan terus daripada darah bagi mereka yang kegagalan buah pinggang), anda masih boleh mengawal penyakit menerusi penjagaan diet, mengawal pengambilan cecair dan mengambil ubat-ubatan yang dipreskripsikan oleh doktor. Ini adalah kerana proses dialisis masih tidak dapat mengeluarkan kesemua bahan buangan dari badan anda. Walau bagaimanapun, keperluan diet, kawalan pengambilan cecair dan ubat-ubatan mungkin perlu sentiasa diteliti dan diubahsuai. Doktor anda akan dapat menasihati anda berasaskan keadaan semasa anda.

    SATU PESANAN 
    Walaupun menghidap diabetes, anda masih boleh menjalani hidup yang bermakna melalui penjagaan yang betul. Ada lagi berita baik: anda mempunyai kuasa penuh untuk mengelak atau mengawal penyakit buah pinggang disebabkan diabetes anda menjadi lebih teruk. Ambillah langkah positif ini untuk memulakan hidup yang sihat. Janganlah tunggu sehingga ianya menjadi sudah terlambat.

    CREDIT -MESTIAMBILTAHU
    PEGEDAR SAH SHAKLEE ( ID 905866);
    COD : Batu Pahat, Johor;
    Sms/Whatsapp : 018 776 2464;
    Facebook :KEDAI VITAMIN BATU PAHAT

    September 30, 2013

    ADAKAH SHAKLEE MLM PATUHI SYARIAH (SYARIAH COMPLIANT)?

    "Dulu-dulu... saya amat skeptikal dengan MLM. Dulu-dulu... sekarang? Hehe.. Saya pulak jadi leader MLM. Pelik kan? MLM di Malaysia sebenarnya disalah ertikan seolah-olah semuanya skim piramid yang menganiaya downline. Itu jugalah pemahaman saya dulu. Kalau jadi upline, sentiasa kaya, kalau jadi downline, sampai bila-bila akan menyumbang kepada upline.

    Menyertai Shaklee, sebab saya suka produknya. Bila kaji sistem, alhamdulillah.. MLM yang sangat adil. Walaupun upline, tapi kalau malas buat sales, memang tak kemana. Untuk Shaklee, bisnes ini berdasarkan sales. Ada 100 downlines pun kalau sales 0, memang tak dapat apa-apa. Berbeza dengan sesetengah MLM, kalau register orang, dapat imbuhan,kan? pernah tak tahu? Sebab tu kita kena tahu apa yang kita buat. Jangan masuk sebab tengok orang berbondong-bondong masuk. Jangan! itu salah!"

    Ok, cerita panjang-panjang ni, jom semak kriteria MLM patuh syariah yang digariskan oleh Ustaz Zaharuddin. Artikel penuh boleh baca di sini :


    1. Harga tinggi dari biasa
    Produk Shaklee ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan. Contoh paling asas. Multivitamin Shaklee ditawarkan dengan harga RM81 untuk 120biji iaitu RM0.70 sebiji. Malah, harga ahli adalah lebih rendah.




    2. Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram.
    Tiada barangan haram dalam Shaklee. Semuanya mendapat pengiktirafan halal. Tiada paksaan pembelian atau penggunaan.




    3. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). 
    Produk Shaklee dikenali lebih 60tahun sangat berkualiti berasaskan penyelidikan. Sains Shaklee menjamin produknya SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM. Baca selanjutnya di sini




    4. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. 
    Tiada penjualan emas dan perak dalam Shaklee.




    5. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
    Ya. Ini berlaku secara adil dalam Shaklee. Tanpa usaha, anda tidak mendapat hasil. Jangan harapkan kuantiti downline, tetapi juga perlu menitikberatkan kualiti 




    6. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
    Tiada apa komisen atau bonus yang diberikan sekiranya ahli yang ditaja tidak membuat pembelian. Dia hanya bergelar ahli / downline kita sahaja, tanpa apa-apa hasil yang didapati selagi tiada belian dibuat.




    7. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh?
    Dalam Shaklee, leadership bonus hanya layak sehingga ke level 6, tidak lebih dari itu. Coaching, motivasi, pengisian atau apa-apa bentuk bimbingan bagi kumpulan kami adalah 24/7 melalui FB group. Mudah & praktikal.




    8. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
    "Siapa kerja lebih, dia dapat lebih" Ini adalah sistem dalam Shaklee. Ianya terbukti apabila terdapat downline yang naik pangkat lebih cepat dari upline dan ada juga downline yang menjana pendapatan lebih besar dari upline. Menjadi upline TIDAK menjamin seseorang itu sentiasa kaya, sentiasa untung.





    9. Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
    Buku manual pemasaran & etika perniagaan dibekalkan bersama starter kit. Setiap yang tertakluk adalah tetap. Jika terdapat tawaran baru yang ditawarkan untuk tempoh tertentu (6 bulan contohnya), pamplet dan surat pekeliling akan dikeluarkan & majlis penjelasan mengenai insentif berkenaan akan diadakan oleh pihak Shaklee.




    10. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi
    Ya. Nisbah perkongsian dan keuntungan dijelaskan dalam manual perniagaan secara jelas.




    Semoga entri ini memberi pencerahan kedapa anda yang masih ragu-ragu dengan perniagaan Shaklee atau menyamakan dengan sistem MLM syarikat lain. Entri ini adalah perkongsian dari blog ini.
    PEGEDAR SAH SHAKLEE ( ID 905866);
    COD : Batu Pahat, Johor;
    Sms/Whatsapp : 018 776 2464;
    Facebook :KEDAI VITAMIN BATU PAHAT

    September 14, 2013

    CADANGAN SET KEHAMILAN

    Hamil... Mengandung... 'Ada isi'... itulah perkataan-perkataan yg membuatkan seseorang wanita itu terutama bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga berasa teruja. Siapa yang tak nak merasai nikmat menjadi seorang ibu, jadi apabila diri dah mula rasa simptom-simptom kehamilan terus berjumpa doktor atau buat pragnancy test.




    Bila positif pelbagai perasaan bercampur baur, gembira, gementar, takut, sebak bermain difikiran. Namun semua itu sekejap sahaja, bila fikiran dan hati dah tenang dengan sendirinya kita akan menerima kehadiran orang baru dalam rahim kita dengan senang hati.

    Pemakanan yang seimbang dalam diey seharian anda perlu ditiktikberatkan kerana kini anda tidak lagi makan untuk diri sendiri tetapi juga untuk bayi di dalam kandungan anda. Amalan pemakanan yang sihat dan seimbang amat penting untuk mengekalkan kesihatan ibu agar tidak menghidapi penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis di kala hamil dan pemakanan sihat juga amat penting untuk tumbesaran yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan anda.




    Justeru itu, pemilihan suplemen tambahan ketika hamil amat penting, dan pengambilan suplemen ini secara tidang langsung dapat membekalkan kepada ibu dan bayi nutrisi yg diperlukan.

    Set kehamilan terbahagi kepada 2 iaitu ;

    1. Set J1 = Khusus untuk kehamilan awal iaitu dari trimister pertama hingga trimister ke 3
    2. Set J2 = Untuk kehamilan dari peringkat trimister ke 2 dan trimister ke 3

    SET J1


    VITA-LEA IRON FORMULA

    - Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

    - Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai Patended Sistem Penyerapan Bioaktif untuk memastikan peningkatan penyerapan asid folik kritikal. Mengandungi iron formula yg membantu meningkatkan HB ke paras normal semasa hamil bagi ibu yg mempunyai darah rendah.



    VITAMIN C

    - Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.



    B-COMPLEX

    - B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.



    OSTEMATRIX

    - Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

    - Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yg di alami dlm tempoh kehamilan dan kontraksi yg berlaku di saat melahirkan. Bagi sesetengah ibu hamil, ia mampu melawaskan sistem pencernaan dan boleh dan boleh mengurangkan morning sickness.



    ESP - ENERGIZING SOY PROTEIN

    Sebagai tambahan,ibu-ibu boleh mengambil ESP. Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.



    OMEGA GUARD

    - Pada trimester ke-2 dan ke-3,ibu-ibu dicadangkan untuk mengambil Omega Guard. Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

    - Hanya dibenarkan ambil apabila kandungan memasuki trimester ke 2. Anak-anak yg ibunya mengambil supplemen Omega-3 juga mempunyai nilai yg lebih tinggi pd koordinasi mata dan tangan, kemampuan berbicara, lamanya waktu berbicara, dan jumlah kosa kata yg mereka miliki berbanding dgn kanak2 yg ibunya tidak mengambil Omega-3.




    SET J1 - 1st TRIMISTER

    B-COMPLEX
    - ia mengandungi sistem penyerapan Bioaktif
    - asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap
    - mudah ditelan
    - mengandungi semua 8 vitamin B yg penting termasuk 100% Nilai Harian biotin.

    VITA-LEA
    - meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
    - menyokong jangka hayat hati, usus dan mata.
    - meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi.
    - memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas.

    VITAMIN C
    - formulasi yg membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi,kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah.

    OSTERMATRIX
    - membantu mengekalkan tekanan darah yg normal
    - membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
    - menolong mengurangkan simptom2 seperti sengugut, kekejangan otot, perut kembung, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.





    SET J2 - 2nd & 3rd TRIMISTER

    B-COMPLEX
    - ia mengandungi sistem penyerapan Bioaktif
    - asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap
    - mudah ditelan
    - mengandungi semua 8 vitamin B yg penting termasuk 100% Nilai Harian biotin.

    VITA-LEA
    - meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
    - menyokong jangka hayat hati, usus dan mata.
    - meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi.
    - memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas.

    VITAMIN C
    - formulasi yg membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi,kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah.

    OSTERMATRIX
    - membantu mengekalkan tekanan darah yg normal
    - membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
    - menolong mengurangkan simptom2 seperti sengugut, kekejangan otot, perut kembung, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.

    OMEGA GUARD
    - DHA & EPA penting untuk pembentukan otak dan mata bayi
    - untuk ibu pula ia akan mengawal paras kolesteol dlm badan.

    ESP
    - ESP akn memberi tenaga berterusan supaya tidak cepat letih.
    - dapat mencantikkan kulit
    - mengurangkan stretch mark

    Supplement-supplement ini boleh diambil terus sehingga waktu berpantang bagi mengekalkan kesihatan dan melancarkan penyusuan, jadi tiada masalah pembaziran di sini malah lebih dan sangat menjimatkan.

    info & order
    Shaklee Independent Distributor
    Faizah | ID 905866
    Whatsapp/sms ; 018 776 2464
    Blog : snfaizah.blogspot.com
    Fb Page : snf-healthy living awards
    COD : Batu Pahat dan kawasan berhampiran
    POS  keseluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak

    PEGEDAR SAH SHAKLEE ( ID 905866);
    COD : Batu Pahat, Johor;
    Sms/Whatsapp : 018 776 2464;
    Facebook :KEDAI VITAMIN BATU PAHAT

    September 13, 2013

    KENCING MANIS SEMASA HAMIL

    Kencing manis semasa hamil dikenali sebagai diabetes gestasi. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.
    Diabetes ini berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.


    Berdasarkan kajian lebih daripada 23,000 wanita di sembilan buah negara. 


    • berpuasa paras gula darah sebanyak 92 atau lebih tinggi
    • Tahap satu jam sebanyak 180 atau lebih tinggi pada ujian toleransi glukosa
    • Tahap dua jam 153 atau lebih tinggi pada ujian toleransi glukosa

    Semua menimbulkan risiko yang serius kepada ibu dan bayi. Semua tahap ini sebelum ini telah dianggap berada dalam selamat, julat normal, dan seorang wanita yang telah mempunyai dua peringkat tinggi sebelum dia akan menghidap diabetes kehamilan.







     PUNCA :

    Glukosa adalah satu bentuk gula yang terdapat dalam banyak makanan , termasuk gula-gula, kentang, pasta, dan roti. Badan menggunakan glukosa untuk memberikan tenaga. Ia disimpan di dalam hati , otot, dan tisu lemak. Pankreas menghasilkan hormon ( bahan kimia yang dihasilkan dalam satu bahagian badan, yang bergerak ke bahagian lain badan untuk mengenakan kesannya ) yang dipanggil insulin. Insulin diperlukan untuk membolehkan glukosa memasuki hati, otot, dan tisu lemak , sekali gus mengurangkan jumlah glukosa dalam darah. Dalam kencing manis, tahap darah gula kekal luar biasa tinggi. Dalam pelbagai bentuk diabetes , ini adalah kerana pankreas tidak menghasilkan insulin yang cukup .


    DIABETES GESTASI : Semasa mengandung, plasenta menyediakan bayi dengan khasiat. Ia juga menghasilkan beberapa hormon yang mengganggu tindak balas biasa badan untuk insulin. Keadaan ini disebut sebagai " kerintangan insulin. " Kebanyakan wanita hamil tidak mengalami diabetes gestasi, kerana pankreas berfungsi untuk menghasilkan kuantiti tambahan insulin untuk mengimbangi rintangan insulin. Walau bagaimanapun, apabila pankreas wanita tidak boleh menghasilkan insulin tambahan yang mencukupi, tahap darah glukosa tinggal terlalu tinggi , dan wanita itu dianggap mempunyai diabetes gestasi.






    WANITA BERISIKO :

    Wanita berisiko untuk penyakit kencing manis semasa mengandung, termasuk orang-orang yang:


    1. mempunyai berat badan berlebihan
    2. mempunyai sejarah keluarga diabetes
    3. pernah melahirkan bayi yang sangat besar
    4. pernah mempunyai bayi yang telah lahir mati , atau dilahirkan dengan kecacatan kelahiran
    5. mempunyai jumlah lebihan cecair amnion (cecair kusyen dalam rahim yang mengelilingi janin yang sedang membangun )
    6. lebih 25 tahun
    7. mempunyai sejarah yang sebelumnya diabetes gestasi semasa kehamilan.




    Garis panduan IADPSG mengesyorkan pemeriksaan semua wanita pada lawatan doktor pertama mereka pada awal kehamilan , dengan menggunakan kriteria semasa untuk mendiagnosis kencing manis dalam populasi umum . Matlamat di sini adalah untuk mengenal pasti diabetes yang sudah ada tetapi tidak disahkan. Wanita-wanita ini sudah kencing manis , dan penjagaan perlu dimulakan untuk mengawal gula dalam darah mereka. Garis panduan kemudian mencadangkan melakukan ujian glukosa toleransi penuh dalam trimester kedua kehamilan , tanpa melakukan skrin dengan jumlah kecil glukosa pertama.


    DIAGNOSIS :

    Persatuan Diabetes Amerika (ADA ) mengesyorkan wanita membuat pemeriksaan di trimester kedua kehamilan ( selepas kira-kira 20-24 minggu kehamilan ). Dengan titik ini dalam kehamilan , hormon plasenta telah mencapai tahap yang mencukupi untuk menyebabkan rintangan insulin. Ia melibatkan wanita hamil minum penyelesaian khas yang mengandungi betul-betul 50 gram glukosa. Sejam kemudian , darah wanita itu diambil dan diuji untuk paras glukosa itu. Tahap A kurang daripada 140 mg / dl adalah dianggap normal.






    Apabila paras glukosa pemeriksaan adalah lebih daripada 140 mg / dl, glukosa tiga jam Ujian toleransi khas dilakukan. Ini melibatkan mengikuti diet khas selama tiga hari sebelum ujian. Diet ini mengandungi sekurang-kurangnya 150 gram karbohidrat setiap hari. Hanya sebelum ujian , pesakit disuruh untuk makan dan minum apa-apa ( kecuali air) selama 10-14 jam. Sampel darah kemudian diuji untuk menentukan tahap glukosa puasa. Pesakit kemudian minum satu penyelesaian yang betul-betul khas yang mengandungi 100 gram glukosa, dan darah beliau diuji setiap jam untuk tiga jam. Jika dua atau lebih tahap ini adalah tinggi lebih normal , maka pesakit dianggap mempunyai diabetes gestasi.


    RAWATAN:

    Rawatan untuk penyakit kencing manis semasa mengandung, akan bergantung kepada tahap kencing manis. Matlamat rawatan adalah untuk mengekalkan paras glukosa darah di dalam had normal sepanjang tempoh kehamilan, dan memastikan kesejahteraan janin.






    DIET :

    Berikut adalah beberapa garis panduan yang lain:


    • Makan dan minum sekurang-kurangnya 4 hidangan produk tenusu dan makanan yang kaya dengan kalsium sehari untuk membantu memastikan bahawa anda telah mendapat 1200 mg . kalsium dalam diet harian anda.
    • Minum sekurang-kurangnya 8 cawan ( atau 64 auns) cecair setiap hari.
    • Makan sekurang-kurangnya tiga hidangan makanan yang kaya dengan zat besi setiap hari untuk memastikan anda mendapat 30 mg. zat besi dalam diet harian anda.
    • Pilih sekurang-kurangnya satu sumber Vitamin C setiap hari.
    • Pilih sekurang-kurangnya satu sumber asid folik setiap hari.
    • Pilih sekurang-kurangnya satu sumber Vitamin A setiap hari lain.
    • Makan tiga hidangan kecil dan dua atau tiga makanan ringan pada masa-masa yang tetap setiap hari. Jangan melangkau waktu makan atau makanan ringan.
    • Elakkan minuman beralkohol semasa kehamilan. Alkohol telah dikaitkan dengan penghantaran pra-matang dan rendah berat lahir bayi .
    • Hadkan kafein untuk tidak lebih daripada 300 mg. sehari
    • JANGAN DIET atau cuba untuk mengurangkan berat badan semasa mengandung.
    • Makan pelbagai jenis makanan untuk mendapatkan semua nutrien yang anda perlukan.

    PENCEGAHAN:

    Tidak ada cara yang dikenali untuk benar-benar mencegah diabetes, terutamanya kerana diabetes gestasi adalah disebabkan oleh kesan hormon normal mengandung. Walau bagaimanapun, kesan rintangan insulin boleh terbaik dikendalikan melalui perhatian yang teliti kepada pemakanan, mengelakkan menjadi berlebihan berat badan sepanjang hayat , dan mengambil bahagian dalam latihan yang munasabah.
    PEGEDAR SAH SHAKLEE ( ID 905866);
    COD : Batu Pahat, Johor;
    Sms/Whatsapp : 018 776 2464;
    Facebook :KEDAI VITAMIN BATU PAHAT

    DISCLAIMER

    Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
    Copyright to Siti NurFaizah
    Designed by UMIESUEstudio 2015