September 09, 2013

BAHAYA MENGGUNAKAN AIRCOND KERETA?!

Pasti antara anda yang sudah tahu kenapa orang selalu pesan " jangan buka aircond kete dulu,buka tingkap dan pintu,biar angin masuk" kan? Tak kurang juga ramai yang masih belum tahu lagi kesan dari terus membuka penghawa dingin kereta sebaik menaiki kereta.

Selepas anda menghidupkan enjin kereta,ada bagusnya anda menurunkan cermin dan membuka pintu kereta supaya udara yang ada di dalam kereta bebas keluar menggantikan udara baru yng segar, jangan sama sekali terus menghidupkan penghawa dingin.




Mengikut Kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene iaitu sejenis toksin yang menyebabkan kanser iaitu Carcinogen (is dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastic di dalam kereta).

Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia disamping punca keguguran.





Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800mg Benzene. Jika dibiarkan di kawasan yang terdedah dengan tingkap tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkat sehingga 2000-4000mg iaitu 40kali dari tahap yang dibenarkan, dan penumpang didalamnya akan menyeduk toksik berlebih-lebihan secara tidak sedar.

Benzene seperti bahan kimia lain kebanyakkannya turut dihasilkan secara semulajadi dan juga boleh didapati melalui aktiviti-aktiviti manusia seperti hasil dari asap kenderaan dan lain-lain.

Sebagai langkah berjaga-jaga adalah lebih baik membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara didalam beredar keluar.
PEGEDAR SAH SHAKLEE ( ID 905866);
COD : Batu Pahat, Johor;
Sms/Whatsapp : 018 776 2464;
Facebook :KEDAI VITAMIN BATU PAHAT

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Copyright to Siti NurFaizah
Designed by UMIESUEstudio 2015